Semua orang impikan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia dan ada juga yang impikan untuk merakam semua memori saat indah dorang supaya boleh ditatap semula bila rindu. Tapi siapa je mampu nak rakam semua dan berapa banyak pulak external harddisk nak kena pakai untuk simpan semua tu? hahaha.

Artistik betul Takeshi ni!

Keluarga Takeshi yang berasal dari negara matahari terbit ni sering menampakkan keharmonian dan ke-sweet-an keluarga dorang dalam bentuk foto. Takeshi ni seorang jurufoto profesional so berbekalkan ilmu di dada, dia gunakan untuk mengabadikan saat-saat indah isteri dan anak perempuannya.

Foto ni dah macam dalam iklan susu kanak-kanak ?

Yang menjadi perhatian bila foto-foto ni telah viral dan sampai ke tontonan orang ramai! Semua orang melahirkan perasaan yang berbunga-bunga bila tengok keakraban dan reaksi dua beranak ni. Comel betul!

Tempat simple tapi hasil foto memukau!

Takeshi memang betul-betul gunakan alam semula jadi sebagai subject matter dia. Walaupun takde props yang over, tapi dia mampu hasilkan foto yang sangat berkualiti.

Gambar muka monyok pun comel!

Walaupun semua foto takde kelibat si Takeshi tu, tapi kita boleh rasakan yang kasih dan sayang dia terhadap isteri dan anaknya ni memang tak berbelah bagi. Melimpah ruah rasa cinta tu! hahaha

Geram je tengok telinga atas kepala tu!

Korang yang memang into fotografi pon bolehlah cuba hasilkan foto yang berkualiti macam ni jugak. Barulah kerlasss bila cucu cicit korang tengok nanti hehehe…

P/s: Ni satu lagi gambar keluarga yang agak rare, hahahahah… masuk air betul Syatilla dengan Sam tu kan ?

Related image
Kredit: Pa&Ma