Jangan tipulah dalam sehari korang tak buka kamera hadapan, dan tengok diri sendiri sebelum masuk kerja, ke kuliah, ataupun sebelum berjumpa dengan date korang. Tapi takkanlah korang berhenti takat tu je? Mestilah diselangi dengan beberapa pose mengancam kan? hahaha!

Harini korang boleh dapat beberapa tips untuk pose yang berkesan. So jom kita start!

Ini memang paling common sekali sejak turun temurun ?
  1. Pose silang kaki yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ni memang kegemaran ramai. Kebanyakan orang memang suka gaya macam ni sebab boleh menampakkan sisi diri yang kecil, pada masa yang sama boleh sorok lemak comel di perut ?
Termenung apa tuuuuu….?????

2. Haaaa ni pose yang paling cringy tapi tetap ada penggemarnya! Gaya ini sering dikaitkan dengan majalah editorial bermodelkan wajah-wajah jelita/kacak, sambil merenung diluar jendela dan mengenang nasib hidup hahaha. But hey! Kalau ini memang gaya korang, buat apa ambil pusing kata orang. Betul tak?

Siapa je tak suka naik kuda kan?

3. Beralih pula kepada pose yang lebih ceria ni. Para penggemar gaya funky dan vibrant mesti suka bergaya macam ni. Selalunya perwatakan seseorang tu tampak lebih mesra dan positif kalau dia memilih untuk menonjolkan sisi gila-gila. Postur badan atau lengguk tubuh selalunya akan lebih nampak berani dalam pose sebegini.

Serius-serius nak pergi mana tu??

4. Ini memang pilihan editorial! Selalunya para model profesional memang jarang nak senyum apabila bergambar. Bukan apa, gambar akan nampak lebih ‘mahal’ dan berkelas tinggi bila muka tu ada sikit ‘angkuh’. Mesti korang terfikir, bila je dorang ni senyum kan? hahaha! Dorang ni akan senyum kalau jurufoto yang request dekat dorang untuk senyum. Selalunya kalau penggambaran yang memang kena wujudkan suasana ceria, baru dorang akan senyum. Tapi macam mana gaya sekalipun, dorang tu memang model hebat, so foto tetap gempak! Korang yang berminat dengan gaya muka angkuh ni bolehlah apply teknik ni huhu baru foto korang nampak ‘mahal’.

Feeling tau!

5. Akhir sekali, backlighting pose! Siapa yang pandai memanfaatkan cahaya semula jadi ciptaan tuhan ni memang power. Korang tengok hasilnya, gempak kan? Ini kerana, foto cahaya belakang macam ni akan menampakkan hasil yang unik. Lain sudut, lain hasil pencahayaan dan itu membuatkan dia jadi bertambah unik. Jangan risau, korang yang ada dalam foto tu takkan tenggelam dek pencahayaan sebab kalau kena pada sudutnya, foto memang akan tonjolkan lagi subject matter-nya. Kesimpulannya, pose korang pasti outstanding!

P/s: Korang yang rasa “pose lah macam mana pon tapi kalau tak lawa tak kemana” tu… tengok ni, nampak macam takde harapan tapi jangan risau, tengok Janna Nick comot macam mana dulu? Sekarang, ada comot lagi? takde kan? haaaa jadi masih ada harapan untuk korang nak bergaya dalam gambar macam kat atas tu! hahahaha!!!?

Image result for janna nick dulu
Kredit: Khai Zkha