Image result for kanak-kanak bermain tali

Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang, kadang-kadang tersendu pun ada sebab teringatkan kenangan masa kecil bermain dengan kawan-kawan. Memori yang sangat indah, takde masalah, takde stress, takde tanggungjawab yang besar. Alaaa… bukan selalu kita go down the memory lane kan? Sekali sekala apa salahnya ye dak?? hahaha

Image result for budak budak

Antara benda yang paling mengimbau kenangan sebenarnya adalah mainan yang kita main dulu. Sebab apa? Sebab kita dah tak boleh nak gather macam dulu dengan kawan-kawan dan main bersama, itu yang buat sebak tu ? So apa je yang korang main masa kecik dulu?

Harini aku nak share, permainan yang aku rasa budak-budak sekarang dah memang tak tahu dan tak kenal langsung dah, iaitu Ting-Ting.

Related image
Happy je yang melompat tu haaa…

Ting-Ting merupakan permainan tradisional yang dah wujud begitu lama. Nenek moyang kita dulu pun main benda yang sama. Tapi biasanya permainan ni dimainkan oleh budak-budak perempuan. Sebabnya dia tak lasak dan boleh main depan rumah je. Dekatlah sikit kalau mak korang jerit panggil balik kan? hahaha. Aku guna gambar atas ni sebab dia agak rare, sebab yang main tu semua budak lelaki. Tak salah pun, main je lah. Game has no gender what? So cara main dia mudah je, kalau base dia adalah tanah, korang guna je kayu untuk buat ‘rumah-rumah’ tu dengan cara ukir ditanah. Tapi kalau base korang tu solid macam konkrit tu, gunalah white board marker ke, masking tape ke, kapur ke, apa-apa je lah, asalkan mak korang tak hanger korang kalau lantai tu tak bersih balik hahaha!

Related image

Okay so atas ni adalah rupa rumah korang tu. Ada sembilan rumah semuanya dan bila kau dah habis jalan sampai rumah kesembilan, biasanya kau akan patah balik ke petak pertama untuk trip yang kedua pulak.

Permainan ni korang boleh main ramai-ramai, tapi masalahnya adalah bila kau dah mula main cop-cop rumah dan kau takde ruang nak jalan lagi dah, itu dah kira penghabis game ni.

Image result for lat tali lat tali tamplom
Nilah lat tali lat tali tamplom tu!

Sekarang aku nak bagitau macam mana cara nak main ting-ting ni. Mula-mula korang kena lat tali lat tali tamplom dulu untuk ambil giliran. So orang pertama kenalah campak penanda tadi either batu, pundi kacang atau selipar atau apa-apa jelah ke dalam kotak pertama. Bila ada penanda dalam kotak, pemain tak boleh pijak dalam kotak tu, kena terus skip pergi ke kotak-kotak yang tak bertanda. Kira macam ada penghunilah, so janganlah pijak rumah orang hahaha. Game ni akan diteruskan dengan campakkan penanda ke kotak kedua dan seterusnya.

Related image
Cop! hahahah

Bila dah sampai ke kotak yang kesembilan, korang ada hak untuk cop rumah korang yang kekal abadi dengan cara berdiri di hujung kotak kesembilan dan membelakanginya lalu campakkan penanda secara rambang. Kat mana penanda tu jatuh, kat situlah rumah korang, tapi kalau terkeluar (tak berada dalam mana-mana kotak) maknanya kau kena tunggu turn kau nanti untuk cuba cop rumah balik.

Image result for finish line

Habistu siapa yang menang? Yang menang hanyalah mereka yang ada paling banyak rumah. Kaya betul budak tu hahaha! Maksudnya, siapa yang berjaya cop paling banyak rumah, dialah pemenang pusingan tu. Mudah kan?!

P/s: Ibu bapa kat luar sana, ambillah inisiatif untuk banyakkan aktiviti fizikal macam ni untuk anak-anak anda. Bukan apa, tak dinafikan teknologi dan internet tu penting, tapi penggunaannya kenalah berpada-pada dan tak semestinya internet tu menjamin kejayaan anak-anak anda, betul ke betul? haha! Banyak aktiviti yang lebih sihat dan menyeronokkan boleh dibuat macam main galah panjang, layang-layang atau gasing. Semua ni permainan tradisi, kalau bukan generasi sekarang yang nak main, siapa lagi.