Related image

Siapa kata veteran mudah dipandang enteng? Takde veteran, takde yang sekarang tau! Haaaaa… lagi pun, orang yang bergelar veteran ni selalunya dah makan garam banyak sangat (berpengalaman) jadi lebih pandai dalam selok belok kehidupan.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni ada satu poll yang dibuat untuk vote siapa antara dua pelakon lelaki ini yang lebih HOT. Jejaka-jejaka tampan itu adalah Eddie Peng dan juga Li Xian. Masing-masing memegang portfolio sebagai pelakon, sudah tentu raut wajah menjadi taruhan, betul tak?

Image result for eddie peng
Kacak ke tidak?????

Eddie Peng ni merupakan anak seni yang berdarah kacukan Taiwan dan Canada. Yang bestnya tentang dia ni, takde apa yang dia tak boleh buat dalam industri seni sebab dialah seorang pelakon, penyanyi dan juga model. Hebat giler kan? Semua dia rembat hahaha…

Image result for li xian
Si adik muda remaja pun bergaya sangat!

Li Xian pula ialah seorang pelakon yang berasal dari Jingzhou, China. Dia banyak tampil dalam filem dan drama hebat macam Medical Examiner Dr. Qi dan yang paling latest adalah Go Go Squid! Dengan wajah yang ala-ala cute tu, memang ramai peminat dia ni especially dari para gadis hehehe…

Kembali kepada poll tadi, apa yang veterannya? Sebenarnya takdelah veteran pun. Eddi Peng tu dah berusia sekitar 37 tahun manakala Li xian pula 28 tahun. 9 tahun beza ok! Oleh itu, ramai yang beranggapan Li Xian akan menang, of course lah sebab dia muda dan handsome kan? Tapi jangan lupa, Eddie Peng tu pun boleh tahan rupanya.

Jadi bila result poll diumumkan, habis tercampak budak-budak muda yang undi Li Xian sebab tengok-tengok Eddie Peng yang menang bersih dengan peratusan 90.2% meninggalkan Li Xian jauh dibelakang dengan baki 9.8%. Terbukti, Eddie Peng walaupun dah nak menjengah ke 40an, masih lagi menjadi kegilaan ramai dan kekal di hati peminat-peminatnya. Kualiti macam ni yang kita nak, everlasting!

P/s: Sambil-sambil masih dalam topik veteran, apa kata kita hargai veteran-veteran yang telah banyak berbakti kepada nusa dan bangsa untuk mencapai kemerdekaan. Sempena musim kemerdekaan yang ke-62 ini, semoga negara kita lebih aman, progresif dan sejahtera hendaknya. MERDEKA!

Image result for tugu negara
Tugu Negara