Image result for makanan

Selama kita hidup ni, dah macam-macam makanan kita makan, tapi kadang-kadang tak dinafikan, kita akan sebut nama makanan tu sesuai dengan rupa dan yang paling penting senang ingat terutamanya cendawan! Kenapa cendawan? Sebab apa pun nama atau jenis cendawan tu kita tetap akan panggil cendawan, betul?! haaa tau pun.

Harini jom kita tengok berapa banyak jenis cendawan yang kita boleh makan dan nama-namanya. Tapi kena ingat, bukan semua boleh makan ya, ada yang beracun tau! Silap-silap boleh bawa kepada kematian.

CENDAWAN TIRAM

Image result for cendawan tiram

Paling common dalam keluarga cendawan ni adalah cendawan tiram atau nama lainnya cendawan abalone. Ini paling senang nak jumpa, kat pasar raya ke, kedai runcit ke semua ada. Harga pun tak mahal mana sekitar RM3-4 je sepeket. Sedap masukkan cendawan ni dalam sup ataupun menu standard nasi goreng cendawanlah apa lagi hahaha, tapi kalau kat pasar malam boleh jumpa cendawan ni digoreng tepung. Buat kudapan sambil tengok tv memang wow!

CENDAWAN BUTANG

Image result for cendawan butang

Cendawan lagi satu ni pun boleh tahan famous jugak dan selalunya orang masukkan dalam masakan macam spaghettin bolognese, sayur campur dan macam-macam lagilah. Tekstur cendawan butang lebih padat dan berair sikit sebab cendawan ni bersifat menyerap kecuali kalau beli yang dalam tin,yang tu memang dah serap air perapan dia jadi dia sedia ada ber’juicy’.

CENDAWAN TELINGA KERA

Image result for black fungus

Ini bukan biasa-biasa! Rasanya yang lembut dan licin ni rasa macam makan kuey tiow. Cendawan telinga kera ni selalunya dijadikan bahan utama untuk sup sayur. It really goes well with soupy dish kata orang hehe. Selalunya sebelum masak, cendawan ni perlu direndam dulu sebab ia dijual dalam keadaan kering supaya tahan lebih lama. Siapa yang tak pernah rasa boleh cuba untuk masukkan dalam masakan korang lepas ni!

CENDAWAN JERAMI

Related image

Disebabkan cendawan dalam kategori sayuran, makanya semua cendawan yang boleh dimakan sesuai sekali dibuat sayur campur hahaha termasuklah cendawan jerami. Cendawan ni unik sikit sebab selalunya kita tahu cendawan ada ‘bumbung’ di atasnya, tapi untuk si unik ni, bumbungnya di dalam pula. Aneh kan? Diluarnya hanya berbentuk bujur macam telur puyuh. Bestnya cendawan ni sebab ia lembut dan bila gigit tu ber’juicy’ je.

CENDAWAN KUKUR/SISIR

Related image

Haaa siapa-siapa yang duduk kampung tu mesti biasa makan cendawan ni. Ada yang panggil kukur, ada yang panggil sisir, yang panggil kulat pun ada tau! Normally, ia boleh dijumpai tumbuh pada batang pokok. Asalnya memang susah nak dapatkan cendawan ni sebab dia tumbuh ikut musim sampaikan harga dia mencanak naik ke RM50 sekilo! Gila mahal. Tapi kalau yang rajin tu, untunglah sebab boleh pergi cari sendiri dekat pokok-pokok. Ini kalau masak lemak tambah pula dengan nasi panas, perghhhh mengancam!

CENDAWAN JARUM MAS

Related image

Best part of being cendawan is, ia menyihatkan dan sedap dimakan. Tambah pula boleh jadi makanan ringan, lagi senang orang nak jadikan ia sebagai makanan tambahan. Cendawan jarum mas atau nama lainnya Enoki antara kegemaran juga sebab ia murah dan mudah didapati. Cara masakan tak jadi masalah selagi ianya sedap haha. Tapi kalau korang pernah berkunjung ke mana-mana restoran makanan korea, korang boleh jumpa cendawan ni digoreng bersalut tepung dan dihidangkan panas-panas bersama sos. Sedikit kurang menyihatkan tapi sekali sekala boleh laa sebab sedap sangat!

CENDAWAN SHIITAKE

Related image

Siapa penggemar Sizzling Yee Mee angkat tangan ??‍♂️! Korang mesti pernah jumpa cendawan ni dalam mee korang tu. Rasa yang kenyal dan sedikit meaty buat dia jadi cendawan yang agak mahal dijual di pasaran. Seperti biasa, disebabkan kepelbagaian cendawan ni, ia boleh dimasak dengan macam-macam hidangan tapi lagi best kalau boleh guna semua cendawan-cendawan ni dan buat wild mushroom soup, woaaahhhhh kecur air liur!

Image result for cream of wild mushroom soup
Sedap giler sup cendawan liar ni!

P/s: Yang tidur berbantalkan bantal busuk tu, jangan sampai bantal korang tumbuh cendawan selepas ‘hujan’ ya. Sedar-sedar bangun tidur terus boleh tuai semaian hehehe…

Image may contain: 1 person
Kredit: Viral Media Johor