Related image

Kita sebagai manusia, kadang-kadang suka mengeluh, belum cuba buat tapi dah putus asa. Itulah ragam dan tabiat manusia. Baru-baru ni terserempak dengan video yang sebenarnya mungkin dah viral agak lama iaitu pasangan adik beradik kembar siam yang melekat di bahagian kepala tapi mempunyai badan yang sempurna.

Related image

Adik-beradik Nelly dan Neeva ni dah biasa hidup macam ni dari dorang masih tinggal di Amerika Selatan lagi. Kemudian dorang pindah ke Netherlands dengan harapan untuk buat pembedahan, tapi doktor kata yang dorang ada kongsi urat saraf di kepala. Urat saraf tu sangat penting dan nak dijadikan cerita, urat saraf tu antara yang menyebabkan dorang masih hidup. Jadi terbatallah niat nak buat pembedahan, dan sampai sekarang dorang masih menjadi ‘life buddy‘.

Image result for neeva and nelly

Dah berusia 18 tahun dah pun dorang ni. Bila ditanya, siapa yang jadi boss memandangkan akan ada seorang yang lead bila berjalan, takde siapa-siapa pun yang mengaku sebab bagi dorang, walaupun dalam keadaan macam tu, masing-masing equal je.

Image result for neeva and nelly

Seronok bila tengok semangat dorang untuk hidup dan langsung tak ambil kisah apa mulut-mulut jahat yang mengata. Masa tinggal di Amerika Selatan, orang-orang kampung dia suka mengata sampai ingatkan pasangan ni terkena Voodoo. Jahat betul mulut! Tapi bila dah berpindah ni, katanya dah semakin baik taraf kehidupan dorang dan masyarakat lebih pandai untuk menghormati.

Yang bestnya, atas semangat dorang untuk tunjukkan kat dunia yang dorang ni pun sejenis yang fun dan gila-gila, dorang buka akaun Youtube sendiri dan rakam apa saja yang dorang buat dan masukkan ke Youtube. Sejak dari tu, dorang dah mula dikenali dan cerita hidup dorang pun ramai dah tahu. Harap-harap dorang dapat jalani hidup dengan aman sekarang dan sukses selalu! Korang yang nak tengok kisah hidup dorang berdua boleh klik link ni ?? https://youtu.be/BugCzi3ZfaU dan follow dorang kat Youtube ?? https://www.youtube.com/channel/UCzkTemMaUVUiE3gQwuShuAg