
Bosan dengan kesibukan dan hiruk pikuk kota? Mahu keluar dari kemelut tugas yang makin menggunung? Apa kata, bawa pasangan anda dan nikmati panorama indah yang menunggu anda untuk ditatap. Lokasi-lokasi ini juga dipercayai dapat melahirkan bibit-bibit cinta antara kamu berdua, sudah pasti akan menyemarakkan lagi hubungan yang kian mekar itu. Jadi, lokasi mana yang ajaib sangat tu? Jom kita tengok.
1. Cameron Highlands, Pahang.

Kita mulakan dengan lokasi kegemaran ramai iaitu Cameron Highlands. Lokasi ini sangat sinonim dengan cuacanya yang sejuk sekaligus amat nyaman untuk para pengunjungnya menikmati suasana tanpa rasa risau dengan peluh. Selain itu, tumbuhan dan tanaman yang beriklim sejuk juga merupakan antara keunikan tanah tinggi ini. Buah strawberi dan beri-beri manis yang lain turut menjadi tumpuan lokasi percutian ini.

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya terdapat banyak aktiviti- aktiviti menarik yang boleh dilakukan apabila berada di Cameron Highlands, antaranya ialah merasai sendiri pengalaman memetik buah-buahan beriklim sejuk, melawat ladang teh yang sangat luas dan tersergam indah, juga boleh melawat taman rama-rama. Tidak terhenti disitu, pasar malam disini antara yang menarik kerana anda boleh membeli banyak sayur-sayuran segar yang ditanam sendiri oleh para peniaga dan semestinya ‘fresh’.

Untuk lokasi penginapan, Cameron Highlands menawarkan pelbagai pilihan untuk pengunjungnya daripada hotel mewah hingga ke hotel bajet. Mana-mana pasangan yang datang untuk ‘honeymoon’ tu mungkin boleh cuba untuk menginap di Cameron Highlands Resort, kerana servis yang diberikan sangat baik dan rata-rata memberikan ‘review’ yang positif. Selain itu, banyak juga hotel lain yang boleh dipertimbangkan seperti The Lakehouse dan Avillion. Jadi, Cameron Highlands tentunya antara lokasi yang harus dilawati.
2. Cherating, Pahang.

Dari bukit, turun ke persisir pantai pula, dengan pemandangan pantai yang cantik, Cherating antara lokasi tumpuan pengunjung terutama pasangan kekasih. Suasana matahari terbenam sudah pasti antara tarikan yang membuat para pengunjung gemar untuk beriadah di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang cantik. Selain itu, antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah aktivit air seperti berkayak, meluncur air dan berenang. Inginkan kelainan? Boleh cuba untuk lawati Santuari Penyu di Cherating. Ini akan memberi pengalaman yang berbeza untuk bulan madu anda!

Risau dengan tempat penginapan yang tak selesa? Tak perlu fikir banyak, pilihan memang pelbagai dan semua terletak pada bajet anda. Jika mahukan layanan istimewa raja sehari, boleh cuba untuk menginap di The Kasturi. Lokasi ini amat mewah dan mempunya suite peribadi. Rekaan dan dekorasi taman juga membangkitkan aura percutian luar negara kerana rekaan biliknya yang moden tetapi ditengah hutan hijau yang tersergam indah. Ini dapat membangkitkan mood para penggemarkehijauan. Tapi, jika bajet sedikit terikat, boleh pilih untuk menginap di Royale Chulan Cherating Villa. Keputusan terletak ditangan anda yang penting kepuasan. Betul tak?
3. Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Masih belatarkan pantai, Batu Feringghi yang terletak di Pulau Pinang ini juga tidak kurang hebatnya. Ia turut menawarkan sukan atau aktiviti air yang pastinya tidak akan membuatkan percutian anda membosankan. Dari banana boat, ke paragliding dan seterusnya jetski, anda boleh penuhkan jadual anda dengan aktiviti-aktiviti mencabar ini.

Selain dari tarikan aktiviti sukan, Pulau Pinang sangat sinonim dengan lubuk makanan jalanan. Sebut nasi kandar, sudah pastu pulau yang turut dikenali sebagai Pulau Mutiara ini menjadi rujukan. Anda dan pasangan tentu menyukai lokasi ini. Rebut peluang untuk mencuba semua jenis makanan istimewa yang hanya boleh didapati di sini seperti pasembor, cendol, laksa dan jangan lupa untuk menjengah ke Transfer Road untuk mencuba roti canainya ya, pasti memukau!

Tapi ada ke hotel yang boleh ‘cater’ untuk pasangan yang nak ber’honeymoon’? Mestilah ada! Antara hotel yang wajib pasangan bercinta pertimbangkan adalah Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa, Eastern & Oriental Hotel serta Lexis Suites. Bukan setakat ada angsa atas katil bila anda tiba, lebih daripada itu pun ada tau! Dari segi harga pula tidaklah mahal dan tidaklah murah. Sedang- sedang saja. Berpatutan dengan layanan yang bakal diterima. Ini membuatkan Pulau Pinang antara lokasi yang wajib dilawati.
4. Pulau Redang, Terengganu.

Suka lautan biru jernih yang tiada berpenghujung? Apa lagi, Pulau Redanglah tempatnya! Pulau yang terletak di Terengganu ini bukan calang-calang ya. Airnya yang jernih dan kebiruan membuatkan anda rasa bagai di dalam filem Hollywood. Pulau ini sememangnya merupakan tarikan orang ramai namun sekiranya anda dan pasangan kurang gemar dengan suasana yang kecoh dan padat, cuma kena cari masa dan musim yang tepat dan anda akan dapat menikmati percutian yang termanis sekali.

Dari segi aktiviti kebanyakannya hampir sama dengan aktiviti air di lokasi lain namun apa yang menariknya adalah perkhidmatan snorkeling atau diving sebagai nilai tambah. Katanya, banyak hidupan lautan yang unik boleh dilihat hanya dengan snorkeling. Tak perlu menyelam hingga ke laut dalam untuk melihat batu karang yang cantik, hanya berenang dipermukaan sahaja. Wind surfing pun terdapat di sini sekiranya anda dan pasangan berminat untuk mencuba sesuatu yang baru.

Pulau Redang ini juga sangat terkenal dengan pasir pantainya yang putih dan halus. Jadi untuk penginapan, disarankan untuk mencuba menginap di Taaras Beach & Spa Resort kerana ia betul-betul berhadapan dengan pantai. Pengalaman honeymoon akan jadi lebih indah jika pasangan kekasih berjalan di persisir pantai, menghiru bayu laut sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Rasa bagai di Hawaii!
5. Bandaraya Melaka, Melaka.

Lokasi terakhir yang menjadi tumpuan dan sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu adalah Bandaraya Melaka. Lokasi ini sudah semestinya dikenali ramai dengan kekayaan warisannya dari zaman sebelum merdeka lagi dan turut diiktiraf UNESCO tau. Apa salahnya sekali-sekala berbulan madu sambil belajar tentang sejarah tanah air, bukan? Terlalu banyak lokasi tarikan pelancong disini dan anda juga boleh turut sama berkunjung untuk memenuhi itinerari honeymoon anda.

Dari segi aktiviti, anda boleh mula dengan menaiki beca keliling kawasan bersejarah sekitar Dataran Pahlawan. Pembawa beca selalunya akan terangkan tentang sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu dan jika ini menarik minat anda, jangan lupa untuk cuba ok?! Selain itu, terdapat banyak aktiviti-aktiviti lain seperti menaiki river cruise, melawati Taman Buaya, menaiki Menara Taming Sari dan juga berjalan-jalan di Jonker Walk. Makanan etnik juga banyak terdapat di sepanjang Jonker Walk untuk anda cuba.

Tempat penginapan bukanlah satu masalah jika anda berkunjung di Melaka ni. Banyak hotel-hotel yang menyediakan perkhidmatan VIP hingga bajet. Tinggal anda pilih je mana satu pilihan hati. Tapi, khas untuk berbulan madu, disarankan untuk anda mencuba menginap di Casa del Rio. Senibinanya adalah gabungan unsur Mediterranean dan pengaruh kuasa besar ketika zaman penjajahan Melaka dahulu. Pancuran air yang gah di tengah-tengah laluan di Hotel ini pasti memukau pandangan pengunjung.

Teringin untuk menginap di hotel-hotel mewah ini bersama pasangan anda? Kini GetLah sedang menjalankan kempen Terbang dengan RM1 dan anda berpeluang untuk terbang ke lokasi kegemaran anda dengan hanya RM1! Cuma layari laman web www.getlah.my dan bida untuk melayakkan anda menang peraduan ini. Tertakluk pada terma & syarat.
?Video Promo : https://bit.ly/2Hlfc7r
?Laman Web : http://bit.ly/2ZrVnp5
?T & C : https://bit.ly/2Ne4nb9