Image result for ibu bapa anak

Menjadi ibu bapa, kadang-kadang kita terlepas nak tengok perkembangan anak-anak walaupun dorang membesar depan mata kita. Tapi itu bukan alasan untuk kita abaikan dan tak create sweet memories dengan dorang, sebab memori indah memang akan bagi kesan yang sangat kuat untuk anak-anak.

Composition dia memang power!

Macam brader Ma Ma Meng dari Jepun ni, dia punya bakat sebagai fotografer profesional yang dah bertahun-tahun tu digunakan untuk mengabadikan memori anak lelakinya.

Nampak normal tapi ada value!
Pegang jaring pun nampak cool!

Sambil-sambil ambil gambar, anak dia boleh buat aktiviti yang involve dengan environment macam memancing ke, panjat pokok ke, korek tanah ke, janji dia main kat luar dan enjoy the greens. Ini secara tak langsung akan jauhkan anak dia dari terperap main tablet dan tak pandai bersosial nanti.

Tembikai pun boleh jadi props ?
Silhouette effect memang nampak macam pro!

Kita yang always busy dengan kerja ni pun sebenarnya boleh guna cara brader Ma ni jugak dengan bawa anak-anak keluar dan kita boleh snap memori bersama. Automatically, kita akan dapat spend good quality time together dan dapat mengeratkan lagi hubungan anak beranak.

Ajar anak pose macam ni baru gambar jadi ‘mahal’
Silhouette dan jaring

So apa lagi? Bulan September ni banyak long weekend tau! Gunakan sebaiknya dengan buat aktiviti dengan anak-anak dan make sure korang abadikan sebanyak memori yang boleh sebab budak-budak ni cepat membesar, nanti tak puas bermanja dah nak berkahwin, baru menyesal nanti huhu…

P/s: Korang yang nak hasilkan gambar yang macam ‘mahal’ ni tak perlu pun invest mahal-mahal dekat kamera, guna kamera phone korang pun boleh janji korang pandai main dengan lighting dan angle, then TA DAAA!

Related image
Belajar simple editing pun dah cun