Menjadi seorang lelaki ni memang lumrah bilamana kita rasa penjagaan kulit tu bukan satu keutamaan. Ini semua berlaku sebab komuniti kita suka associate face regimen ni kearah femininity. STOP DOING THAT! Sebab apa? Sebab mentaliti kita tu salah.

Image result for face men

Mungkin antara faktor yang menyebabkan orang lelaki ni malas nak ambil port pasal semua ni sebab terlalu renyah dan banyak steps. Lelaki kan simple je, sikat- sikat rambut terus keluar. Tak payah fikir pasal make up dan sebagainya, so sama juga dari segi penjagaan kulit muka ni. Tapi jangan risau, rutin utama hanya ada empat je dan ini dah mencukupi untuk korang maintain kulit yang sihat dan terjaga.

EXFOLIATE (Pengelupasan)

Image result for exfoliate face men
Ini bukan iklan berbayar ya hehehe.

Dah kenapa nak mengelupas ni? Dengar macam bahaya kan? Tapi step ni sebenarnya bagus untuk membuang kulit-kulit mati dan kering yang membuatkan muka kita kelihatan gelap. Sel kulit mati ni juga membantutkan pertumbuhan sel kulit baru, jadi sebelum apa-apa step, kita hapuskan dulu roadblock ni hahaha! Proses ni kita boleh buat maksimum sebanyak 3 kali sahaja seminggu, bergantung kepada tahap intensity produk tu. Jangan risau, ia hanya ambil masa dalam 30 saat je, so tak payah pening-pening.

CLEANSE (Cucian)

Image result for cleanse face men

INI WAJIB DIBUAT SETIAP HARI!!! Mana yang cuci muka pun malas tu dah boleh bertaubat kot sebab sekarang mungkin kita rasa kulit kita tak ada masalah, nanti dah tua baru perasan kulit makin teruk dan nampak tua sebelum usia. Pencuci ni ada banyak jenis, tapi depends on jenis kulit korang, samada kering, berminyak atau combo (campur dua-dua jenis kering dan minyak) so pilih yang kena dengan ciri-ciri kulit ok! Mencuci ni jangan terlalu laju, ambil masa untuk betul2 lalu dekat semua kawasan muka dan leher. 30 saat ke 1 minit perlu di invest dalam proses ni supaya kulit kita bersih dan dapat serap semua nutrien produk yang kita nak pakai seterusnya.

SERUM

Image result for serum face men
Bila pakai serum, kedutan boleh dikurangkan dan korang akan nampak muda!

Apa benda pulak serum ni kan? hahaha. Ni sebenarnya produk yang nampak kecil, tapi banyak membantu. Bantu dari segi apa? Semua effect hebat yang kita nak macam nak buang kedut, nak muka licin, kulit cerah dan sebagainya datang dari serum. Serum ni pun kita kena invest lebih sikit lah sebab memang sangat bagus. Apa salah invest sikit untuk masa depan yang handsome, betul ke betul? LOL. Proses ni makan masa 10 saat je, cuma apply dua ke tiga titik dan cukup untuk diratakan ke seluruh muka.

MOISTURE (Pelembab)

Image result for penjagaan kulit lelaki
Kekalkan kelembapan dalam muka tu penting ya.

Haaa ini paling penting. Ramai orang rasa muka dia yang jenis berminyak so tak perlukan pelembab lagi sebab dah memang lembab macam sloth, TIBER! Tapi tekaanmu itu salah belaka sebab pelembab ni ada fungsi dia yang tersendiri, bukan saja-saja pakai ya. Ia dapat memastikan yang kulit kita stabil dari segi kandungan air which is kelembapan lah. Kulit muka kita ni unik sebab dia akan tahu bilamana kulit dah lembab, dia takkan lembabkan lagi dengan minyak. Makanya, minyak kita takkan pandai-pandai nak hasilkan minyak lebihan sebab pelembab dah menstabilkan kadungan kelembapan yang diperlukan. Proses ni pulak ambil masa sekitar 20 saat je paling lama pun. Tak susah cuma nak dengan taknak je haha.

Related image
Haaa tengok ni, bila muka elok, automatik rasa nak tunjuk body ehh tiber hahahaha

Penjagaan kulit kita sekarang ni menjamin condition kulit kita masa kita tua nanti. Kalau sekarang kita rasa macam selesa dengan kulit kita, belum tentu esok lusa dia akan kekal macam tu. Jadi dari sekarang kita perlu jaga dan ambil tahu sedikit sebanyak. Tak perlu terlalu hardcore, cuma pastikan kita tak abaikan sahaja. Ada paham? hahaha so selamat berfacial!