Perniagaan dipasarkan melalui macam-macam cara. Kalau dulu-dulu, ada yang sebar guna mulut ke mulut, letak flyers dekat cermin kereta, kalau kaya sikit letak iklan dekat radio, surat khabar mahupun TV. Semua ada peranan masing-masing dan untuk capai matlamat yang sama iaitu nak sampaikan kepada pengguna kebaikan produk dan servis yang dorang ada.

Related image
Dekat Malaysia sendiri memang dah ramai influencer atau orang yang ada kuasa pengaruh.

Sekarang pun masih ada yang guna cara-cara ni tapi mungkin dah kurang berkesan sebab semakin teknologi berkembang, makin banyak medium yang boleh digunakan dan lebih berkesan. KOL (Key Opinion Leaders) atau ramai panggil sebagai INFLUENCER merupakan individu-individu yang bertanggungjawab untuk membuatkan sesuatu produk ataupun servis tu laku. Sape pulak KOL ni?

Image result for influencer
KOL dan kamera berpisah tiada hahaha.

KOL ni kebanyakannya datang dari orang-orang yang famous samada di Instagram, Facebook, Twitter mahupun selebriti sendiri. Dengan tahap populariti yang dorang ada, dorang ada kuasa untuk mempengaruhi pembeli which is among his/her followers. Tapi, sekarang bukan KOL je tau yang pegang kuasa pengaruh ni, KOC pun dah makin kuat menapak dalam dunia perniagaan. Apa benda pulak KOC ni kan? haha…

Related image
Testimoni yang kita boleh jumpa di mana-mana. Bukan sesuatu yang baru tapi memang kuat pengaruhnya.

KOC ni bermaksud Key Opinion Consumer makna kata, pengguna. Macam yang korang selalu dengar, YA! testimoni. Testimoni ni bukanlah sesuatu yang baru tapi lebih diyakini sebab pengalaman yang dorang boleh share tu sesuatu yang legit sebab dorang pengguna sebenar. KOL mungkin menjual produk hanya atas dasar yang dorang ni terkenal, jadi orang akan senang untuk beli sebab adanya mentaliti “ohh dia cantik sebab pakai produk ni la eh?” atau “dia famous kot, mestilah dia endorse produk yang bagus” To be frank, this is not necessarily true. Sebagai pembeli, jadilah pembeli yang bijak dan tak mudah terpengaruh sebab itu hak kita sebagai pembeli.

Related image

So sekarang korang dah tahu apa beza antara KOL dan KOC dan yang mana satu yang lebih efektif kalau korang nak guna untuk bisnes korang. Untuk golongan pembeli pulak, tak kisah lah cara marketing tu melalui iklan grafik ke, KOL ke KOC ke, sebagai pembeli, kita kenalah bijak dan tak membeli secara melulu atau impulse buying. Tapi kalau korang nak jugak beli, terpulanglah, duit korang kan? hahaha…