Sebagai rakyat Malaysia, kita amat berbangga dengan negara kita, sebab apa? bukan hanya sebab pencakar langit kita yang tinggi tu, tapi Malaysia ni dah macam syurga makanan! Iya! Syurga makanan yang bila kita teringin je nak makan sesuatu, mesti dapat. Satu faktor juga sebab kita dikepit dengan negara-negara jiran so asimilasi makanan pun berlaku. Apa nak buat? bertuahnya badan jadi orang Malaysia kan? hehehe

Image result for makan snek

Tapi apa pulak mindful snacking ni? Haaa ini yang nak cerita ni. Mindful snacking ni sebenarnya usaha syarikat Mondelez Malaysia (pengeluar coklat Cadbury) untuk memperkenalkan cara untuk kita makan snek, tapi berpada-pada. Kadang-kadang bila makan snek ni, kita tak perasan dah banyak mana kita makan, sebab leka sambil buat kerja, sambil tengok TV, sambil baring-baring tahu-tahu dah habis semangkuk. Jadi macam mana kita nak kawal dan makan cara yang betul? Jom kita tengok…

KENALI APA YANG KITA MAKAN

Image result for nutrients

Bila kita makan, jangan hanya sebab kita nak penuhkan perut sebab sangat lapar masa tu. Fikir apa kebaikan kalau kita makan sesuatu makanan tu. Cukup tak nutrien dan zat-zatnya, sesuai tak dengan kadar nutrien yang diperlukan. Jangan ambil berlebihan dan terhad hanya untuk keperluan badan.

FIKIR RASIONAL

Image result for think

Kadang-kadang bila kita terlalu busy, sampai lunch pun kita tak sempat nak makan. Bila situasi macam ni terjadi, kita mula akan fikir yang snek boleh menggantikan makanan berat kita tadi. Tapi sedar tak kita snek kebanyakannya mengandungi kadar kalori yang tinggi walaupun bersaiz kecil?

DENGARKAN LUAHAN BADAN

Image result for body fat eat

Nak tunggu badan bercakap baru nak berhenti makan? dah terlambat! Kita kena sentiasa alert dengan badan kita. Bila badan besar dan bukan dalam keadaan yang fit, percayalah, badan kita tengah menangis menagih simpati untuk kita hentikan tabiat makan tanpa kawalan ni. Kadang-kadang bukan perut kita yang lapar, bukan badan kita yang perlukan nutrien tu, tapi diri sendiri yang ada nafsu makan yang tinggi menyebabkan badan kita menanggung beban. Jadi dengarlah rayu perutmu itu.

Related image

Di Mondelez, mereka sangat yakin dan pasti yang pemakanan snek yang sihat dan memadai mampu untuk memastikan badan korang cukup dengan zat-zat yang diperlukan. Mereka pun ada banyak jenis makanan ringan yang sihat, jadi kita dah boleh mula untuk berhati-hati dan lebih peka dengan apa yang kita makan. Jangan ingat hanya kerana snek dipanggil sebagai makanan ringan, tapi tak menyumbang kepada kalori yang tinggi ya. Salah tu !