Bahasa merupakan medium untuk manusia menyampaikan mesej dan maklumat. Tanpa bahasa, kita mungkin masih hidup dalam zaman kemunduran. Bahasa isyarat juga merupakan satu jenis bahasa walaupun tidak menggunakan bunyi dan perkataan untuk bertukar mesej sesama sendiri.

Image result for hang pi mana
Awak pergi mana tu???

Dalam pada kita menggunakan bahasa sehari-hari, sedar tak sedar kita bercakap dalam loghat atau slang. Apa itu loghat? “Hang dok mana la ni?” membawa maksud “Awak tinggal di mana sekarang?”atau “Mu make doh?” membawa maksud “Awak dah makan?” ini menunjukkan loghat dari belah utara Malaysia seperti di Kedah dan di sebelah timur Malaysia iaitu Kelantan. Loghat ni sebenarnya datang daripada pengaruh bahasa dan budaya negara lain. Macam Kedah dan Kelantan, dua-dua berdekatan dengan Siam dan ini menyebabkan proses asimilasi bahasa berlaku. Ada pinjaman bahasa dari segi perkataan dan bunyi dapat dilihat apabila bertutur. Ini yang buatkan loghat tu jadi unik.

HOKKIEN

Tapi ini semua biasa, yang lainnya apabila bahasa Hokkien sendiri menggunakan beberapa perkataan melayu yang kita tak perasan pun. Haaa unik kan?? Bahasa Hokkien ni berasal dari wilayah Fujian di China. Di bawa masuk ke Malaysia melalui pengamal-pengamalnya dan kini bertapak di Malaysia sebagai antara loghat yang terkenal untuk bahasa Cina. Antara perkataan bahasa Melayu yang diguna pakai dalam bahasa Hokkien hingga hari ini adalah seperti:

ROTI (lo-ti)
Lu ai jiak lo-ti boh ?

*Nak makan roti tak?

SABUN (sa-boon)
Sa-boon boh liao !!

*Sabun dah habis!

JAMBAN (jam-ban)
Wa ai ke jam-ban !!

*Saya nak pergi tandas !!

GELI
Yi boh sui chiu !! Jin geli !!

*Eeeee tak basuh tanagn !! Geli !!

POLICE (mata)
Ma-ta lai liao !! Ma-ta lai liao !!

*Polis datang !! Polis datang !!

SAYANG (sa-yang)
Toh sak liao !! Jin sa-yang eh !!

*Dah buang ?! Sayangnya !!

TAPI (ta-pi)
Jin sui ta-pi ar gui leh !!

*Cantik tapi mahal lah

SUKA
Wa jin suka yii.

*Saya suka awak

Tapi bahasa Hokkien ni berbeza ikut daerah dan kawasan. Kalau di belah utara macam Penang, Kedah, Perak lain bunyinya jika nak dibandingkan dengan belah selatan seperti di Johor. Kadang-kadang, bahasa yang sama, tapi bila bertemu dua kawasan berbeza ni, boleh jadi tak faham pula bila bersembang.

Jadi itulah keunikan bila berlakunya percampuran bahasa disesebuah kawasan. Kalau bahasa pun boleh berevolusi macam ni, kita yang manusia ni apa kata ambil inisiatif untuk belajar dan menghargai budaya dan adat orang lain. Supaya kita ni tak kena label sebagai ignorant. Tak salah kalau kita sama-sama bertukar idea dan budaya, lebih baik ada lah.