Bersyukur kepada mereka yang hidup-hidup je kulit dah cantik, bersih, tiada cela dan sebagainya. Tapi tak bermakna, orang yang ada masalah kulit tak boleh hidup dengan aman dan sejahtera macam orang lain.

Related image

Vitiligo adalah kondisi kulit yang mengalami tompok-tompok putih samada di satu kawasan atau di beberapa bahagian badan. Ia juga boleh melarat sehingga separuh atau seluruh badan. Ia merupakan sejenis penyakit yang tidak membahayakan nyawa atau berisiko. Namun, sesetengah penghidap akan mengalami kurang keyakinan diri, depresi dan sebagainya kesan daripada keadaan persekitaran.

Image result for vitiligo

Vitiligo berlaku akibat sel pigmen dan melanocytes yang rosak. Bila melanin rosak, maka warna tidak dapat dihasilkan menyebabkan warna kulit menjadi putih. Kes yang sama juga terhasilnya uban di kepala. Kondisi ini juga seringkali terjadi dalam kitaran keluarga yang ada sejarah vitiligo, maknanya, it runs in the genes.

Tapi tak perlu risau pun, sebab vitiligo bukanlah penyakit yang merbahaya, bahkan ramai yang ada vitiligo tapi masih mampu untuk break the mainstream dan masuk ke industri glamour seperti raja muzik Michael Jackson, Jon Hamm, Steve Martin, Thomas Lennon dan model terkenal Winnie Harlow.

Image result for michael jackson
Michael Jackson
Image result for jon hamm vitiligo
Jon Hamm
Image result for steve martin
Steve Martin
Image result for thomas lennon
Thomas Lennon
Image result for winnie harlow
Winnie Harlow

Jadi, korang yang menghidapi skin disorder ni, tak perlu risau. Korang pasti punya masa depan yang cerah dan personaliti sebenarnya lebih memainkan peranan yang penting untuk lebih maju ke hadapan.