Semakin hari semakin meningkat bilangan orang yang rabun kat Malaysia. Memang stress bila rabun sebab dulu celik-celik je terus boleh lari sana-sini, tengok benda jauh tanpa perlu kenyit mata, tak payah pening nak cari mana letak spek. Tapi spek je ke yang boleh bantu kita tengok balik dengan pandangan dan warna yang gemilang? Tetttt! Tak semestinya! Ada je kaedah lain untuk bantu kita tengok balik dengan jelas dengan penggunaan contact lens.

Image result for solotica contact lens

Korang bukan tak pernah dengar contact lens betul tak? Mesti dah familiar, silap-silap memang pengguna tegar. Sekarang makin ramai penggemar contact lens sejak-sejak masuk zaman wanita-wanita kaki make-up kat negara kita ini. Katanya, contact lens akan buat look diorang tu lebih lengkap. Gituuuu… Lagipun contact lens ni bukanlah benda yang baru, cumanya sekarang ni penggunanya makin ramai dek effect yang diberi oleh contact lens yang ala-ala mata mat salleh tu haha… TAPI bukan semata-mata effect tu je, lens juga tak buat kita janggal bila dipakai, terutama kalau tak biasa dengan spek.

Tapi korang tahu tak cara yang elok nak pakai contact lens ni? Bukan main pakai je ya. Cara penjagaan pun kena betul tau, kalau tak macam-macam masalah mata kita boleh dapat. Ok so jom kita tengok one by one.

BERTENANG

Image result for contact lens

Chillax guys. Mana yang baru pertama kali nak cuba, memang akan berdebar bila nak pakai contact lens, lebih-lebih lagi bila part nak sentuh bebola mata tu. Ngeri rasa kan?! Tapi jangan risau, mudah je cara pakai dia, slow-slow letak contact lens ke permukaan mata tu, dan pastikan semua permukaan lens sentuh permukaan mata. SENANGKAN?! Tapi sebelum tu, pastikan tangan korang bersih-sebersih bersihnya dulu ok! Oh satu lagi, lens ni takkan tiba-tiba hilang ke belakang mata sebab belakang mata kita ni bukan ada void, jadi no problem.

CONTACT LENS MESTI SENTIASA BERSIH

Related image

Haaa part ni korang tak boleh malas ya. Wajib untuk pastikan lens korang sentiasa dalam keadaan bersih. Cuma guna Multipurpose Lens Cleaning Solution tu dan pastikan korang tak recycle air dia. Jangan kedekut, basuh betul-betul dan simpan dalam fresh solution ya. Bekas untuk simpan lens tu juga perlu ditukar setiap 3 bulan ya, jangan ambil mudah!

HIDRAT

Image result for eye drop for contact lens

Yang suka duduk dalam bilik ber air cond, udara kering dan sebagainya, sentiasa ingat untuk bawa sekali solution atau eye drop untuk dititiskan kat mata korang. Sebab apa? Sebab lens korang akan jadi kering bila korang berada dalam persekitaran macam kat atas tu terlalu lama. Jadi untuk pastikan lens korang tak kering dan melekat kat mata, titiskan eye drop tu supaya dia kembali terhidrat. Titiskan beberapa kali bergantung pada tahap kering ya.

DENGAR NASIHAT PAKAR (DOKTOR ATAU OPTOMETRIS)

Related image

Jangan cakap korang teringin nak pakai lens sebab tengok orang pakai cantik. Lepas tu beli dekat vendor-vendor tak sah. Jangan bertindak melulu. Fikir panjang. Apa-apa isu mengenai kesihatan, pastikan dapat nasihat daripada pakar dulu macam doktor atau optometris. Jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri yang lambat laun akan bagi impak negatif pada kesihatan korang. Hanya guna produk yang disyorkan oleh pakar dan jika nak tukar sesuatu tu mengikut jenama dan bajet, boleh tapi minta pendapat pakar dulu. Sebab bukan semua sesuai dengan setiap individu. Sayangi mata korang!

Jadi, nak cantik tu tak semestinya kena abaikan kesihatan kita. Jangan dahulukan estetik daripada anugerah pancaindera yang Tuhan dah beri. Yang paling penting, kena bijak untuk pilih yang terbaik untuk diri sendiri sebab setiap keputusan datang dari lubuk sanubari korang juga kan? hahaha