Baru-baru ni kecoh dekat Twitter yang ada holy grail untuk kulit kekal muda dan flawless. Ramai yang nak kulit mulus tanpa masalah tapi macam mana nak dapatkan kulit macam tu? Haaaa ni nak cerita ni. Dalam kalangan penggemar make-up mesti kenal jenama La Mer. Bila sebut je La Mer orang dah mengeluh sebab tak mampu nak pakai pasal harganya yang cekik darah tu. Tapi kalau harga cekik darah pun masih tetap berkesan, apa ada hal kan? hahaha

Kumpul duit setahun pun belum tentu boleh beli huuuuu 😭

Di cosmeticsnow.com ada menjual produk La Mer ni dari foundation, compressed powder sampailah ke moisturizer yang katanya sangat magical. Yang jadi masalah bila netizen-netizen Malaysia ni pergi tengok harga kat situ, semua terkejut bila tahu harga sebotol moisturizer boleh buat downpayment kereta! Mahal gila!

Image result for huber la mer
Dr. Max Huber

So apa yang buatkan krim pelembap ni mahal sangat? Kisahnya bila founder Creme De La Mer ni, Dr. Max Huber yang merupakan seorang Aerosapce Physicist NASA telah mengalami luka terbakar yang serius ketika kemalangan berlaku di makmalnya. Jadi beliau buat banyak sangat eksperimen (6000 eksperimen selama 12 tahun) dan akhirnya terhasillah Miracle Broth yang mampu untuk pulihkan kulit dia. Bayangkan 6000 eksperimen untuk untuk krim, patutlah harga sampai 10K!

Yang penting, produk ni bukan semata-mata jual jenama ya dan bukan juga produk timbang kilo hahah! Semua A-list celebrities macam Beyonce, Blake Lively dan Chrissy Teigen memang approve dengan jenama La Mer ni dan tak perlu diragukan lagi. Tapi kita yang rakyat marhaen ni pakai jelaa Mary Kay ke drug store punya produk ke ikut mana yang mampu. Jangan sampai pergi buat loan pulak semata-mata nak beli La Mer ya hehehe…