
Siapa yang nak diri sendiri rupa macam tak siap? Boleh ke keluar pergi Pavilion dengan baju selekeh? Malu kan? Haaa… Bukan setakat pakaian je, rambut pun penting tau untuk memastikan seluruh penampilan tu nampak complete. Bak kata pepatah, “Your hair is the crown you never take off” haaa gitu…
Baru-baru ni tular pula satu video berkenaan dengan hairstylist yang potong rambut model. Melihat pada video tu, nampak macam dia sengaja potong melebihi dari apa yang model tu benarkan. Model tu dah kata, jangan potong banyak sangat. Dia siap tunjuk lagi takat mana je yang hairstylist tu boleh potong, end up hairstylist tu decide untuk potong sesuka hati dia.
Yang menakutkan, bila model tu pegang je rambut dia, tengok-tengok dah pendek sangat. Dia terus break down, menangis dan berlalu pergi dari tempat tu. Tak terhenti dekat situ je, dia rebah pulak sebab terlalu kecewa. Kesian betul. Mungkin dah terlalu lama dia simpan rambut sepanjang tu, makan tahun tau! Mestilah sedih.

Haaa jadinya, jangan main-main tau dengan rambut, especially rambut orang perempuan. Bukan apa, rambut ni memainkan peranan penting untuk keseluruhan ‘look’ dia. Rambut juga memberikan keyakinan pada seseorang tu. Jadi, jangan lepas ni kata “elehhh! rambut je pun!” mau kena penampar sedas nanti hahaha…